Umrah Series

Umrah Syawal

Pakej Umrah Syawal MK Haramain

HARGA BERMULA / SEORANG

RM7,190

Tertakluk musim & jenis bilik

RINGKASAN PERJALANAN

Apa yang anda perlu tahu.

TEMPOH PERJALANAN

12 Hari 10 Malam

PENERBANGAN

Saudia / Malaysia Airlines atau setaraf

HOTEL UTAMA / MAKKAH

Snood Ajyad / Safwah

HOTEL MADINAH

Deyar Al Eiman

HIDANGAN

Makkah: sarapan • Madinah: 3 kali makan

Harga mengikut jenis bilik

Harga seorang (RM)
Jenis bilik / pesertaHarga seorang
Saver EcoRM7,190
Saver PlusRM8,290
Saver SafwahRM9,990

Tarikh keberangkatan

Jadual rujukan tertakluk pengesahan pakej dan penerbangan.

Antara yang termasuk

Tidak termasuk / tambahan

SEBELUM ANDA MELANGKAH

Atur Cara
Laluan Mekkah

  • Berkumpul di KLIA

    Check in bagasi dan mendengar sedikit taklimat perjalanan.

  • Tiba di Madinah

    Tiba di Airport Madinah.

  • Daftar masuk hotel

    Daftar masuk hotel Madinah dan berehat.

  • Ziarah dalam Madinah

    Jemaah akan dibawa ziarah dalam Madinah.

  • Aktiviti bebas

    Aktiviti bebas di Madinah.

  • Ziarah luar Madinah

    Jemaah akan dibawa ziarah luar Madinah.

  • Daftar keluar hotel

    Daftar keluar hotel Madinah.

  • Miqat Bir Ali

    Miqat di Bir Ali.

  • Bergerak ke Mekah

    Meneruskan perjalanan ke Mekah.

  • Ziarah Hudaibiyah

    Ziarah Hudaibiyah dan melawat Masjid Hudaibiyah.

  • Umrah kedua

    Mengerjakan umrah kedua.

  • Ziarah Manasik Haji

    Ziarah Manasik Haji.

  • Miqat Ji’ranah

    Miqat di Ji’ranah untuk umrah ketiga.

  • Umrah ketiga

    Mengerjakan umrah ketiga.

  • Ziarah Kota Taif

    Ziarah Kota Taif.

  • Miqat Qarnul Manazil

    Bermiqat di Qarnul Manazil untuk mengerjakan umrah keempat.

  • Umrah keempat

    Mengerjakan umrah keempat.

  • Aktiviti bebas

    Aktiviti bebas di Mekah.

  • Tawaf Wada’

    Menunaikan Tawaf Wada’.

  • Perjalanan ke Jeddah

    Jemaah akan dibawa ke Jeddah.

  • Daftar masuk hotel

    Daftar masuk hotel Jeddah.

  • Ziarah sekitar Kota Jeddah

    Jemaah akan dibawa menziarahi sekitar Kota Jeddah.

  • Penerbangan pulang

    Berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

SEBELUM ANDA MELANGKAH

Atur Cara
Laluan Madinah

  • Berkumpul di KLIA

    Check in bagasi dan mendengar sedikit taklimat perjalanan.

  • Tiba di Jeddah

    Tiba di Airport Jeddah.

  • Daftar masuk hotel Jeddah

    Daftar masuk hotel Jeddah dan berehat.

  • Ziarah sekitar Jeddah

    Ziarah sekitar Jeddah.

  • Miqat Qarnul Manazil — Umrah pertama

    Berangkat ke Miqat Qarnul Manazil untuk umrah pertama.

  • Daftar masuk hotel Mekah

    Daftar masuk hotel di Mekah.

  • Ziarah Hudaibiyah

    Ziarah Hudaibiyah dan melawat Masjid Hudaibiyah.

  • Umrah kedua

    Mengerjakan umrah kedua.

  • Ziarah Manasik Haji

    Ziarah Manasik Haji.

  • Miqat Ji’ranah

    Miqat di Ji’ranah untuk umrah ketiga.

  • Umrah ketiga

    Mengerjakan umrah ketiga.

  • Ziarah Kota Taif

    Ziarah Kota Taif.

  • Miqat Qarnul Manazil

    Bermiqat di Qarnul Manazil untuk mengerjakan umrah keempat.

  • Umrah keempat

    Mengerjakan umrah keempat.

  • Aktiviti bebas

    Aktiviti bebas di Mekah.

  • Daftar keluar hotel Mekah

    Daftar keluar hotel Mekah.

  • Bergerak ke Madinah

    Meneruskan perjalanan ke Madinah.

  • Daftar masuk hotel Madinah

    Daftar masuk hotel Madinah.

  • Masjid Nabawi

    Jemaah akan dibawa ziarah dalam Madinah, termasuk Masjid Nabawi.

  • Saqifah Bani Saidah

    Ziarah Saqifah Bani Saidah.

  • Perkuburan Baqi’

    Ziarah Perkuburan Baqi’.

  • Ziarah Uhud

    Jemaah akan dibawa ziarah luar Madinah, termasuk ziarah Uhud.

  • Masjid Quba

    Ziarah Masjid Quba.

  • Masjid Qiblatain

    Ziarah Masjid Qiblatain.

  • Aktiviti bebas

    Aktiviti bebas di Madinah.

  • Daftar keluar hotel Madinah

    Daftar keluar hotel Madinah.

  • Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

    Berangkat ke Lapangan Terbang Madinah untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

SEBELUM ANDA MELANGKAH

Terma & Syarat

a. Wang pendahuluan (deposit) adalah sebanyak RM1000 bagi setiap Peserta.

b. Deposit mesti dibayar sebagai fi penempahan secara penuh sewaktu Peserta mendaftar dengan Syarikat.

a. Pembayaran ansuran secara bulanan adalah dibenarkan.

b. Pembayaran haruslah dibuat sekurang-kurangnya 70% dari harga pakej 60 hari sebelum tarikh penerbangan.

c. 100% pembayaran hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh

d. Jika tempahan dibuat kurang dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, Peserta wajib untuk membayar harga penuh pakej.

e. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pembatalan tempahan dan perlucutan deposit.

a. Sebarang perubahan kepada tempahan termasuk tetap terhad kepada pertukaran tarikh penerbangan, peserta, jenis pakej atau perubahan dokumen perjalanan, hendaklah dibuat oleh Peserta sekurang kurangnya 3 bulan sebelum tarikh penerbangan.

b. Peserta boleh membuat perubahan secara percuma untuk kali pertama.

c. Caj pindaan akan dikenakan sebanyak RM150 seorang bagi setiap perubahan seterusnya.

d. Sebarang perubahan yang dibuat selepas tempoh yang dinyatakan dalam klausa 3(a) akan dikenakan penalti sebanyak RM500

e. Tiada perubahan boleh dibuat dalam masa 10 hari bekerja sebelum tarikh berlepas kecuali dibenarkan oleh Syarikat.

f. Sebarang perubahan yang dibuat pada saat akhir, Peserta hendaklah menanggung sepenuhnya sebarang kos tambahan yang timbul akibat pindaan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan, hotel, pengendali darat, atau mana-mana pihak ketiga.

g. Semua permintaan pindaan adalah tertakluk kepada kelulusan Syarikat dan ketersediaan perkhidmatan dan tiada jaminan sepenuhnya bahawa sebarang pindaan tersebut boleh dilaksanakan.

h. Perubahan kepada keseluruhan tempahan akan dianggap sebagai pembatalan tempahan asal dan akan dikenakan caj pembatalan seperti yang tertakluk dalam Klausa 5.

a. Syarikat berhak secara penuh untuk membuat sebarang perubahan ke atas tarikh, atur cara dan butiran perjalanan termasuk tetapi tidak terhad kepada hotel, penerbangan dan susunan perjalanan.

b. Penerbangan

i. Syarikat berhak untuk membuat perubahan ke atas syarikat penerbangan kepada yang setaraf, sekiranya tiada kekosongan.

ii. Syarikat juga berhak untuk menukar nombor penerbangan, laluan serta masa perlepasan dan ketibaan, tertakluk kepada ketersediaan.

c. Hotel dan Penginapan

i. Jenis bilik adalah berdasarkan quad, triple atau double di mana peserta hendaklah menetapkan jenis bilik yang dikehendaki semasa pendaftaran.

ii. Setiap tempahan bilik adalah tertakluk kepada kekosongan jenis bilik yang disediakan oleh Syarikat.

iii. Syarikat berhak untuk menukar jenis penginapan hotel yang dijanjikan dengan jenis penginapan hotel lain yang setaraf sekiranya tiada kekosongan.

iv. Syarikat juga berhak untuk menaik taraf bilik (bersama penambahan wang), mahupun menurun taraf bilik (bersama pengembalian wang) mengikut kekosongan sedia ada.

d. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada penganjur serta perubahan SOP semasa oleh Kerajaan Saudi.

e. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada Peserta lebih awal melainkan berlakunya keadaan luar kawalan seperti perubahan polisi hotel, penerbangan atau pihak berkuasa tempatan.


a. Sebarang pembatalan tempahan akan dikenakan caj berjumlah RM500 sebagai kos pengurusan.

b. Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh penerbangan, Peserta akan dikenakan caj seperti berikut:

22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepasPelucutan deposit pendaftaran
15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas35% dari tambang pelancongan
08-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas50% dari tambang pelancongan
03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas70% dari tambang pelancongan
02 hari bekerja sebelum tarikh berlepas100% dari tambang pelancongan

c. Peserta hendaklah menanggung sepenuhnya sebarang kos tambahan yang timbul akibat pembatalan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan, hotel, pengendali darat, atau mana-mana pihak ketiga.

a. Syarikat berhak untuk membatalkan mana-mana pakej pelancongan yang telah ditempah oleh Peserta atas sebab-sebab munasabah termasuk tetapi tidak terhad kepada:

i. berlakunya kejadian Force Majeure;

ii. pembatalan dari syarikat penerbangan;

iii. isu keselamatan; atau

iv. arahan dari pihak berkuasa.

i. Syarikat tidak bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan mana-mana kewajipan berkaitan pakej pelancongan, jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan Force Majeure. Kejadian Force Majeure hendaklah bermaksud:

ii. peperangan (sama ada ia diisytiharkan atau tidak), pertempuran, penaklukan atau tindakan oleh musuh-musuh asing;

iii. pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atau tindakan pengganas;

iv. bencana alam termasuk, tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir, kebakaran spontan bawah tanah, ombak besar atau apa-apa bencana alam yang secara munasabahnya seseorang yang berpengalaman tidak dijangka dapat mengambil langkah berjaga-jaga;

v. letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan-kimia atau radiasi;

vi. tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau apa-apa peranti aerial yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik;

vii. rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam; atau

viii. sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang lain yang di luar kawalan mana-mana Pihak.

c. Jika pembatalan dibuat di bawah klausa 6(b) di atas, semua hak dan tanggungjawab Syarikat berkaitan pakej pelancongan ini akan terhenti. peserta tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Syarikat. Kedua-dua pihak tidak lagi bertanggungjawab terhadap satu sama lain melainkan berkaitan perkara yang telah berlaku atau liabiliti yang sudah wujud sebelum berlakunya kejadian Force Majeure tersebut.

d. Tertakluk kepada klausa 6(a) di atas, Syarikat berhak mengesyorkan pakej alternatif, termasuk dan tidak terhad kepada pakej ke destinasi yang sama dengan tarikh yang berlainan atau pakej ke destinasi yang lain dengan tarikh yang sama atau berlainan.

e. Sekiranya Peserta tidak menerima tawaran pakej alternatif yang disyorkan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada Peserta selepas ditolak caj berikut:

i. fi pentadbiran sebanyak RM500

ii. apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan (jika ada); dan

iii. sebarang bayaran yang telah dibayar oleh Syarikat kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga (jika ada).

a. Sebarang pengembalian deposit akan mengambil tempoh 2 bulan dari tarikh borang pengembalian deposit dan selepas penolakan kos pengurusan dibuat.

a. Jika permohonan visa atau permit keluar yang diperlukan oleh Peserta ditolak, atau terdapat sekatan perjalanan ke luar negara ke atas Peserta, caj pembatalan di bawah klausa 4 adalah tertakluk.

b. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk sebarang kos, pampasan, atau bayaran balik sekiranya Peserta tidak dibenarkan keluar negara atau masuk ke negara yang dilawati kerana masalah dokumen perjalanan, barangan haram, atau tindakan/kelakuan Peserta yang dianggap menyalahi peraturan oleh pihak berkuasa.

a. Harga yang dipamerkan adalah harga pada masa penerbitan dan mengikut bilangan jemaah seramai 25 orang minimum.

b. Setiap harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan kenaikan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel dan cukai kerajaan Saudi dan Malaysia.

c. Syarikat berhak untuk menaikkan harga pakej mengikut kenaikan harga semasa dan juga kekurangan jumlah minimum jemaah.

d. Sebarang makluman akan dimaklumkan melalui notis awal kepada peserta.

a. Syarikat dan ejen bersekutunya akan bertanggungjawab untuk perkhidmatan yang disediakan, termasuk pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, seperti yang dinyatakan dalam brosur. Jika Pesuruhjaya Pelancongan mendapati perkhidmatan yang diberikan tidak seperti yang dijanjikan dalam brosur atau perjanjian, Syarikat akan membayar pampasan yang sesuai.

b. Peserta dengan ini bersetuju bahawa mereka akan bertanggungjawab dan menanggung sebarang kerugian yang dialami Syarikat daripada perkara yang timbul akibat kegagalan atau kecuaian Peserta dalam memenuhi tanggungjawab di bawah Terma dan Syarat ini

c. Setelah mendaftar, Peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat sepenuhnya dengan semua Terma dan syarat ini tanpa sebarang pengecualian

SEBELUM ANDA MELANGKAH

Checklist Umrah

  1. Minta bantuan Allah dari sebarang tipu daya & penyesatan Syaitan
  2. Satukan Allah & ketepikan ciptaan yang lain
  3. Tanya diri kenapa kita pergi menunaikan umrah, sebagai ibadah kepada Allah
  4. Minta perlindungan dari Allah dari kejahatan diri kita sendiri
  5. Perbanyakkan zikir dan istighfar
  6. Ulang kesemua langkah ini sebanyak yang mungkin

LANGKAH PERTAMA BERMULA DI SINI

Jom rancang
perjalanan anda.

Ceritakan tarikh, bajet dan keperluan anda.
Kami bantu cari pilihan yang bersesuaian.

Scroll to Top